sila masok....takpayah ketuk pintu...

~~memori suka & duka ku~~

Wednesday, January 6, 2010

6 cerita lawak mungkin realiti ;P

* dila dpt email cerita lawak ni dr kawan.. namanya niezal...dh lama sgt email ni terperap jer...so...dila nk share gn korang supaya korang gelak n senyum


SMILE CAN MAKE U LOOK MORE YOUNGER!!

LAUGH CAN RELEASE OUR STRESS!!

#Moral: Anda janganlah berfikiran kotor bila baca benda-benda macam ni.

1) ( Kisah Dalam Sebuah Bas )

Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu bas "Vang, vas nih fegi hamfang ke ? " ( bang, bas ni pergi ampang ke ? ).

Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.
Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu." kenapa awak diam tadi ? kesian dia ".

Pemandu itu pun menjawab : " Masham mana haya nak hawab, haya hun hengau hugak, hanti hia hata haya hehek hia hulakk !!! "

( macam mana saya nak jawab, saya pun sengau juga, nanti dia kata saya ejek dia pulak !!! )


2) ( Orang Lama )

Disuatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, diatas katil, sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur. Suaminya telah
mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu.

Si isteri bersuara, " Dulu-dulu tu, abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tidur.
" Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, pas tu mula mengantuk semula.

Beberapa ketika pas tu, si isteri bersuara lagi, " Kemudian tu, abang selalu cium saya.
" Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri. Pas tu sambung tidur balik.

Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi.
" Kemudian tu, abang selalu gigit-gigit leher saya " Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu.

Si isteri bertanya, " Abang nak pergi maner tu ? " Dengan marah suaminya menjawab, "Nak pergi ambil gigi ".



BERSAMBUNG.....

2 comments: