sila masok....takpayah ketuk pintu...

~~memori suka & duka ku~~

Thursday, January 7, 2010

...sambungan cita lawak

3) ( Lawak Orang Asli )

Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.


Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia dekat halaman rumah sedang melihat jam tersebut. Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk "terror"lah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang.

Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.Entah macam mana ada pula bangkai seekor lipas di celah-celah tempat bateri tu, beliau pun dengan bangganya memberitahu kepada anak-anak buahnya, " OOOO, patutlah tak jalan "drebar"nya mati tersepit !! ".

4) ( Pelancong )

Pelancong Amerika yang sombong satu hari seorang pelancong USA dengan eksyennya menyewa teksi untuk melancong di KL. Pemandu teksi itu membawanya ke Menara Daya Bumi. Mr. John inilah menara Dayabumi, dibuat dari mammar putih, bila malam ia berkilauan.

Kami ambil masa setahun untuk menyiapkannya, kata pemandu teksi dengan bangga. Ceh, kalau di USA, bangunan ini kami boleh siapkan dalam masa sebulan sahaja. Kata pelancong tadi dengan belagaknya. Pemandu teksi tadi terkedu. Untuk menunjukkan kecanggihan KL pelancongtadi dibawa ke Menara KL.

Mr. John inilah Menara Telekomunikasi yang canggih. Kami mengambil masa err, dua bulan untuk menyiapkannya. Kata pemandu teksi sambil menyerkap jarang untuk melawan keegoan pelancong USA tadi. Oh, kalau di USA bangunan ini dapat disiapkan dalam masa dua minggu sahaja. Kata pelancong tadi dengan belagaknya. Merah padamlah pemandu teksi tadi.

Sambil memandu pemandu teksi tadi terus meluncur melintasi KLCC. Sambil bersiul pemandu teksi tadi tidak berkata apa-apa pun melainkan terus memandu. Pelancong tadi dengan tersengih,menyindir. Che Mat,berapa lama masa di ambil oleh negara kamu untuk menyiapkan bangunan itu. Kata pelancong tadi sambil menunjukkan kearah KLCC. APA ? kata pemandu teksi tadi,mana bangunan ? kata Pemandu itu lagi kehairanan. Itu, yang tinggi tu, Kata pelancong tadi sambil menunjukkan KLCC.

La, Usupadora, entahlah Mr. John, semalam saya lalu kat sini tiada pula bangunan ini .Bila pulak bangunan ini tumbuh, hish, impossible. Kata pemandu teksi itu sambil mengerutkan muka. Mr. John terdiam sambil menyesal.



**bersambung...

No comments:

Post a Comment