sila masok....takpayah ketuk pintu...

~~memori suka & duka ku~~

Friday, January 15, 2010

SOLAT JUMAAT

[gmbr google]

Solat Jumaat adalah suatu kewajipan yang ditetapkan agama. Ia bukan sahaja dilakukan oleh Rasulullah s.a.w bahkan ia juga telah disebut di dalam Al-Qur’an. Solat jumaat adalah wajib bagi kaum lelaki. Jika seorang lelaki Islam tidak melakukannya, maka ia dianggap sebagai dosa besar. Malah, hukum menunaikan solat Jumaat lebih ditekankan dibandingkan dengan solat lima waktu oleh Rasulullah s.a.w yang telah bersabda bahawa mereka yang tidak melakukan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut bukanlah seorang Islam.

Disini Rasulullah bermaksud untuk menerangkan betapa pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosanya jika tidak melakukannya. Lelaki Islam yang tidak dapat menunaikannya haruslah menggantikannya dengan solat Zuhur. Akan tetapi, ia hanya diterima jika ia kerana sebab-sebab berikut;

  • jika terlalu sakit,
  • jika terpaksa jaga orang yang sakit tenat,
  • jika terdapat ribut taufan yang besar atau
  • jika dalam keadaan bermusafir.

No comments:

Post a Comment