sila masok....takpayah ketuk pintu...

~~memori suka & duka ku~~

Saturday, January 23, 2010

.....sambungan MAAFKAN ALIA

….bersambung


Alia! Alia! Alia!.....jerit mama.

Hari ini genaplah umur Alia 24 tahun. Sewaktu menyambut hari lahirnya, Alia tiba-tiba pengsan. Semua orang menjadi kelam kabut. Dibibir mamanya terkumat kamit membaca doa lalu dihembuskannya kepada Alia dengan harapan Alia kembali sedar.

‘Papa, lebih baik kita bawa Alia ke hospital sekarang!!!’ Pekik mama.

Dengan keadaan terpingga-pingga, papa Alia yang lebih dikenali dengan Pakcik Din segera mencapai kunci kereta. Lalu abang-abang Alia dengan segera mengusungnya masuk kepada kereta. Mama Alia pula mencapai dokumen-dokumen penting. Sewaktu dalam perjalanan ke hospital, Alia kembali sedar.

’Mama, kenapa dengan Alia mama?? Kita hendak ke mana mama??’

’Sayang mama, tadi kamu pengsan sewaktu kita menyambut hari lahir kamu. Sekarang papa akan bawa kamu ke hospital ye sayang’. Kata mama.

Apa!!!! hospital. Mama ni memandai-mandai ja kata Alia ni sakit!! Alia sihat walafiat saja la mama!! Tengking Alia kepada mama. Sudah!! Sekarang Alia nak kita pulang ke rumah saja!! Alia sudar sedar sekarang kan!! Papa!! Cepat patah balik!!! Sekarang!!

Dengan kadar segera Pakcik Din membua pusingan U.

Matila la aku andai kata mama bawa aku ke hospital. Habis satu dunia akan tahu keadaan aku ini. Aku tidak mahu mereka risau akan kesihatanku yang kian menjunam ni. Mama maafkan Alia kerana menengking mama tadi. Alia tidak sengaja. Alia panik. Alia takut mama tahu penyakit Alia ini. Alia taknak melihat papa dan mama sedih mengenangkan nasib Alia ini. Maafkan Alia mama!! Bisik Alia dalam hatinya.


tunggu episod terakhirnya....

No comments:

Post a Comment