sila masok....takpayah ketuk pintu...

~~memori suka & duka ku~~

Monday, January 11, 2010

NILAI KASIH SEORANG IBU

Ini adalah mengenai nilai kasih ibu.

Seorang anak sedang mendapatkan ibunya yang sedang sibuk
menyediakan makan malam didapur lalu menghulurkan sekeping
kertas yang bertulis sesuatu. Siibu segera mengesatkan tangan
diapron menyambut kertas yang dihulurkan oleh sianak lalu
membacanya :

Kos upah membantu ibu
1) Tolong pergi kekedai RM 4.00
2) Tolong jaga adik RM 4.00
3) Tolong buang sampah RM 1.00
4) Tolong kemas bilik RM 2.00
5) Tolong siram bunga RM 3.00
6) Tolong sapu sampah RM 3.00
Jumlah RM 17.00

Selesai membaca, siibu tersenyum memandang sianak sambil
sesuatu berlegar-legar minda siibu. Siibu mencapai sebatang
pen dan menulis sesuatu dibelakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang minitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerungsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
6) Jumlah keseluruhan nilai kasihku - PERCUMA

Air mata sianak berlinang setelah membaca apa yang telah
ditulis oleh siibu. Sianak menatap wajah ibu, memeluknya
lalu berkata, " Saya sayangkan ibu ". Kemudian sianak
mengambil pen dan menulis " Telah dibayar malah terhutang "
pada muka surat yang ditulisnya.
Diriwayatkan seseorang telah bertemu Rasulullah ( S.A.W )
dan bertanya, " Wahai Rasulullah, siapakah yang paling
berhak mendapat layanan baik dariku ? ".
Rasulullah menjawab, " Ibumu ( dan diulang sebanyak 3 kali ),
kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu ".

*SUMBER DR EMAIL

I LOVE MY MOM & DAD & MY SIBLING

No comments:

Post a Comment