Alia, sungguh sedap namanya diberi merupakan seorang anak bongsu daripada 4 adik beradik. Sikap dan perangainya selalu membuat abang dan kakaknya benci padanya.Apa yang Alia mahu hanya perhatian daripada kedua ibubapanya.Bagi Alia, ibubapanya tidak sayang padanya.Tapi itu mungkin hanyalah perasaan cemburu. Tapi Alia yakin kepada kajian yang dilakukan di luar negara mengatakan bahawa anak bongsu kurang diberikan perhatian keluarga jika dibandingkan dengan anak sulung.
Dahulu, Alia selalu dibuli oleh abang dan kakaknya sehinggakan Alia selalu mengganggu ketenteraman mereka. Sejak Alia memasuki sekolah asrama penuh, sikap Alia berubah. Alia menjadi seseorang pelajar yang tidak mudah putus semangat. Bercita-cita tinggi untuk menunjukkan kepada keluarganya bahawa dirinya yang terbaik. Alia menjadi kuat. Semangat dalam dirinya mengatasi lautan bergelora.
Tak kenal maka tak cinta. Hari ini detik ini, Alia seperti sudah hilang arah tujuan dalam hidupnya. Entah di mana silapnya. Alia tidak seperti dulu lagi. Hakikatnya tiada siapa yang tahu dan tiada sapa menyedari akan hal ini. Alia pandai menyimpan perasannya daripada orang lain. Baginya, biarlah dia menderita sendirian dan dia tidak mahu menyusahkan keluarga dan rakan-rakan.
Bermacam-macam persoalan bermain difikirannya. Mahu diluahkannya tapi tiada siapa mahu mendengarnya. Jika mendengarnya, mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Hanya mampu memberikan dorangan saja. Andai Alia mempunyai wang dan berkerja, sudah pasti nyawa Alia mungkin dapat diselamatkan. Tapi Alia masih belajar. Biasiswa diraja yang diperolehnya hanyalah untuk pembelajaran.
Alia merindui keluarganya di kampung. Baginya kini ibubapanya adalah segala-galanya. Alia menjadi semakin sensitif. Alia sangat menghargai apa jua pemberian daripada keluarganya (sentimental value). Bahkan tanda harga pensil pemberian ibunya tidak sanggup dibuang. Bayangkanlah cinta dan sayangnya pada lekuarganya di kampung.
Adakah masanya semakin suntuk??? sempatkan Alia membawa kedua orang tuanya menunaikan haji???
*tunggu episod seterusnya..tu pon kalo korang berminat nak tau ar..
Thursday, January 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment